ここは唯一の真実を言える場所なら、
偏らずに自分の思いを全て言います。

If only this is the place where I can say the truth,
without any prejudice I will say everything I feel.

Tuesday, May 12, 2009

KARANGAN

Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat sebuah rumusan tentang faktor-faktor pelajar bodoh dan kesannya kepada masyarakat. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kamu tahu tak ada satu pekerjaan yang saya simpati sangat, sedih mendengar khabar yang tiada penghujungnya. Bukan pengemis, bukan orang yang mengangkut sampah tetapi seorang guru. Kena samanlah, kena tengking, kena cekik macam-macam hal. Hendak menegakkan benang yang basah pun dimaki hamun. Buat perkara baik pun dihalang apatah lagi buat perkara yang jahat. Kasihan ya, saya selalu membaca akhbar, malah didengar sendiri daripada mulut seseorang guru itu sendiri. Dalam hidup saya tidak pernah sekali pun melawan kata-kata guru. Segarang-garang guru itu pun tidak pernah saya mengadu, ini kerana saya mahu ilmu bukan mahu garangnya.

Haishh,
Sedihnya...bukan sedih kerana guru dihina dan dicaci, tetapi sedih kerana pelajarnya yang terlalu 'manja'. Cubit sikit report, saman. Kasihannya, seorang pelajar yang lebih tinggi darjatnya daripada seorang guru, padahal bodoh. Dah buat salah, tak mengaku salah , dahla bodoh, kemudian meminta tolong ibu-bapa. Ibu-bapa mereka pun sama sahaja. Bak kata pepatah 'kemana tumpahnya lauk kalau tidak ke nasi'. Dua kali lima la dikatakan. Nak kata kurang ilmu, tidak juga tapi mungkin tiada akal untuk membezakan buruk dan baik ataupun mungkin tiada didikan agama yang mencukupi sehinggakan maksiat pun tidak dapat dibezakan. Maklumlah, ibu-bapa yang berpangkat tinggi, mempunyai kuasa untuk memarahi orang. Tetapi pada hakikatnya tahap ilmu mereka tidak dapat mendekati seorang guru. Maklumlah bodoh.

Tuntasnya, guru merupakan ibu-bapa kedua yang kita harus sayangi. Keberkatan hidup bergantung kepada guru, jika melawan maka tidak gunalah hidup kerana kehidupan sudah tidak berkat. Tapi apakan daya, kalau seseorang tu dah bodoh sehingga melebihi darjat bodoh, nak buat macammana.

(5 patah sinonim kurang bijak)


No comments: