ここは唯一の真実を言える場所なら、
偏らずに自分の思いを全て言います。

If only this is the place where I can say the truth,
without any prejudice I will say everything I feel.

Thursday, July 2, 2009

LETER


" Kamu ni suka sangat berpuas hati dengan apa yang ada, sedangkan benda tu boleh dimodify lagi!"

Kata-kata itu ibarat jarum halus, menusuk ke dalam hati dan merobek-robeknya dari dalam.

" Kalau setakat macam itu, kamu takkan ke mana. "

setelah ia merobek isi hatiku, lalu ia pula mengkikis kulitnya. Mengupas segala rupa luaran hingga tiada sekalipun. Namun begitu keadaannya, terasa megah, terasa membangun terasa dicabar. Aku hanya mampu berdiam, lidahku kelu, fikiranku gelisah. Badanku seakan tidak mendengar arahanku.

" Kamu ni tak besyukur! "

Perkataan itu bagaikan dusta bagiku, aku tidak berapa faham akan maksud dia tetapi aku dapat merasai kelahiran sedikit penipuan di situ. Benda yang tidak pasti kebenarannya.
Aku tercengang, tidak tahu apa yang mahu dilakukan, fikiranku kosong. Aku hanya duduk sambil mendengar irama lagu jepun yang mengasyikkan bunyinya. Biarpun aku tidak beberapa faham akan bahasanya, namun aku dapat merasakan mesej yang hendak disampaikannya. Suatu ucapan yang tidak ku erti jawabannya.
Malam sudah melabuhkan tirainya, aku masih duduk memikirkan hal itu. Tapi aku yakin,
aku yakin...

4 comments:

25-ish said...

You improved your bahasa! that's how impressive! question, was that by the book? go afiq!

im kanikama maki
haha.

Enigma said...

what book?

and what's with kanikama?

x pahamla.. 0_o

Dila Jamalia said...

cm bahase novel =)

Dila Jamalia said...

wey wey . amek award