Kini aku sedar kembali,
Cintaku lebih ke arah matlamat hidupku,
Aku mula bimbang akan masa depanku,
Aku khuatir pada prinsipku yang dahulu,
Bahawa ''Aku tetap Aku''
Kejayaanku...
Kesungguhanku...
Itulah yang aku harapkan,
Semoga tiada lagi alasan lain yang dipersoalkan,
Sambutlah Ilmu daripada menyambut cinta yang bernafas duniawi,
Cintailah ilmu daripada menyintai cinta yang palsu,
Kerana kau perlu sedar,
Walaupun cinta itu indah,
Walaupun cinta itu lumpuh,
Namun...tanpa sulaman ilmu di dada,
Sia-sia sajalah remajamu itu,
Sia-sialah hidup ku begitu....
edited by Mohd Afiq bin Marzuki,2008
1 comment:
wah...feeling yg mendalam...rase cam tau jer...ayat nih tuk sape...aku rase aku tau
Post a Comment