Hari ini aku taip dalam bahasa melayu.
Kenapa? Lebih gramatis bukan? sebenarnya untuk Saja-saja sahaja.

Cuti terbaru ini tidak dapat ku nikmati sepenuhnya, kerana kerja yang banyak dan aku tidak sedar akan perjalanan masa. Sudah tiga hari aku ponteng tusyen, dengan alasan banyak kerja. Ya kerja yang agak banyak tetapi tidaklah berbaloi untuk meninggalkan pelajaran. Mahupun sudah lama tidak membuka buku , kerja-kerja ku masih terbengkalai. Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakannya.
Azamku tahun ini adalah untuk hidup tanpa penyesalan, dan ya tanpa sebarang penyesalan.
Lebih-lebih lagi dalam hal tusyen, aku sudah lama tidak menghadiri kelas aku takut aku akan ketinggalan. Aku masih mengekalkan azamku tapi aku sering bertanya kepada diriku.
" Kenapalah aku tak belajar 'lebih', masa tingkatan empat dahulu."
Aku mengaku yang aku juga berbulan madu pada tahun itu. Mindaku berada di awang-awangan pada tahun itu, kesannya sifat malasku semakin hari semakin membuak-buak. Aku selalu bangun lewat sejak kebelakangan ini. Aku melarang diri aku untuk tidur petang kerana ia tidak sihat dan aku takut ia akan terbawa-bawa semasa peperiksaan SPM nanti. Tapi aku hanya menemui kegagalan, mungkin aku berada didalam tekanan.
Jiwaku kacau sejak kebelakangan ini. Aku tidak mahu belajar,aku tidak mahu melukis. Ini kerana aku hilang cita-cita. Aku mempunyai impian tetapi tidak mempunyai cita-cita. Sukar memilih, memang sudah menjadi sifatku. Biasanya aku akan lontar duit syiling dan jika aku berpuas hati maka aku akan ikut syarat syiling itu. Tapi dalam hal memilih cita-cita agak sukar, ini adalah kerana duit syiling hanya menpunyai dua muka. Aku mempunyai banyak cita-cita, aku takkan bergerak selagi tidak memilih cita-citaku.
Mungkin bagi sesetengah orang, benda ini kelihatan remeh dan 'over' katanya. Tapi bagiku, ia ibarat hidup dan mati. Aku mungkin 'exaggerate' tapi hidup aku kosong tanpa cita-cita.
Aku sudah mempunyai impian tetapi cita-cita yang aku perlukan untuk melengkapkan hidupku.
Malam ini aku tidak menghadiri kelas tusyen lagi. Aku berasa sedih dengan keadaanku yang sekarang. Senang kata hidup aku buntu. Bila aku pandang masa hadapan, aku berasa takut. Jantungku berdebar-debar, aku sudah kehilangan semangat belajarku aku sudah tidak yakin dengan masa depan. Tetapi aku masih yakin bahawa aku akan pulih semula, lumrah hidup katakan.
Jadi aku mungkin akan 'moody' sehingga aku berjaya memilih cita-citaku. Sukarnya untuk memilih... Umpama memilih antara sirap limau dan teh 'o' ais limau bukan?
Sedangkan kedua-duanya mempunyai rasa yang berbeza.
video sudah diupload
selamat menjamu selera